Tuesday, June 21, 2011

About Men



Di sini gua ingin berkongsi info mengenai 4 kesalahan yang selalu dilakukan oleh lelaki dalam perhubungan. I mean untuk memulakan perhubungan cinta la. Mungkin gua juga pernah melakukan kesilapan demikian, tp setiap manusia tak kan terlepas dengan kesilapan yer tak? Ok, tanpa meluangkan masa (mcm haram ayat, skema gile) gua bagi 4 kesalahan yang sering dilakukan lelaki dalam perhubungan.

Seorang lelaki pasti akan tersentak sekiranya pelawaan mereka untuk menukarkan hubungan daripada seorang kawan kepada kekasih tidak diterima. Walau bagaimana baik perhubungan sebagai kawan sekalipun, ia tidak bermakna mudah untuk menjadikan mereka pasangan kekasih. Alasannya mudah, daripada kajian yang telah dilakukan kepada pasangan yang sudah berkahwin, majoriti menyatakan mereka tidak melihat paras rupa atau bagaimana baiknya seseorang lelaki melayan mereka. Mereka lebih kepada chemistry dan gerak hati mereka. Kesimpulannya, jangan berlakon untuk menjadi seorang lelaki yang baik kerana ia pasti tidak akan berhasil. Just be yourself!!

1. Merayu- Jangan sesekali merayu kepada wanita untuk menukar perasaan mereka terhadap anda dengan memberi seribu satu alasan walaupun ianya logik. Apabila seseorang wanita tidak menunjukkan minat, tetapi sebaliknya anda terus merayu, mengemis simpati dan terus mengejar masih tidak mampu untuk menukar fikiran mereka. Oleh itu, jangan sesekali merayu kepada mereka untuk menerima anda. Biarkan mereka memilih anda dengan kehendak mereka sendiri.

2. Kelulusan dan kebenaran- Dalam usaha seseorang lelaki untuk menambat hati seorang wanita, mereka akan cuba untuk menyenangkan hati wanita dengan meminta kelulusan dan kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Pada dasarnya, wanita tidak suka kepada lelaki yang terlalu mendengar kata mereka. Cukup dengan sekadar hanya memberitahu apa yang anda ingin lakukan dan bukannya meminta kebenaran atau kelulusan. Ini juga tidak bermakna anda tidak memerlukan pendapat mereka, tetapi anda sebagai seorang lelaki seharusnya tidak terlalu bergantung kepada mereka. Ini adalah kerana andalah yang sepatutnya menjaga mereka dan bukannya mereka yang menjaga anda.

3. Membeli perasaan dengan kemewahan- Untuk wanita yang mementingkan materialistik, ianya pasti berhasil. Tetapi persoalannya, adakah wanita yang berbentuk materialistik yang anda pilih sebagai peneman hidup? Bagaimana jika tiba-tiba anda akan susah? Ianya terpulang untuk anda membuat pilihan. Kebanyakan lelaki cuba untuk membeli perasaan wanita dengan kemewahan. Ini sepatutnya tidak terjadi tetapi ia sepatutnya terjadi dengan cara semulajadi. Wanita yang sanggup berasa susah bersama anda adalah wanita yang paling layak untuk berasa kesenangan anda. Cuba pikat mereka dengan cara semulajadi dan bukannya kemewahan.

4. Meluahkan perasaan terlalu awal- Kebanyakan lelaki terlau gelojoh untuk meluahkan perasaan mereka. Ini didorong oleh perasaan takut sekiranya wanita yang mereka idamkan terlepas ke tangan orang lain. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendekati seseorang wanita tanpa perlu meluahkan perasaan pada peringkat awal. Pilih masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan tidak selesa seseorang wanita terhadap perhubungan anda nanti.

Sumber dan kredit to : www.top5reason.com

5 Ijazah yang mendapat permintaan tinggi


Hari nih gua mood ok. Walaupun Unifi rumah gua agak mcm gampunk semalam pastu rumah gua blackout 3 kali. Walawei..gua tgh mandi time tuh. Cuak jugak gua mana tahu lampu menyala terus nmpk mende bukan2 macam dalam citer hantu tuh, mau pengsan gua berbuih mulut, ye x? Hahaha. Ok, gua malas nak merepek merapu panjang lebar ngan citer karut gua tuh, gua ada sumthing nk kongsi ngan korg. Gua amik dari top5reason.com dan kredit to them lah. Kali nih pasal Ijazah atau kelulusan yang mendapat permintaan tinggi di sektor pekerjaan.

Pelajaran adalah amat penting sebagai kayu pengukur terhadap kejayaan masa depan seseorang. Selain daripada itu, pemilihan bidang yang ingin diceburi juga memainkan peranan untuk meningkatkan peratus peluang pekerjaan yang diinginkan. Berkemungkinan anda sendiri, anak, rakan, jiran, suami atau sebagainya masih tercari-cari bidang apakah yang perlu diceburi. Mungkin artikel ini serba sedikit dapat membantu anda untuk membuat keputusan.

(5) Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.

(4) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

(3) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.

(2) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.

(1) Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.

Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5 bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.

Sumber dan kredit to : www.top5reason.com

Saturday, June 18, 2011

Friday, June 17, 2011

Hari Bapa


Ok, hari nih gua percaya kebanyakan masjid - masjid seluruh negara menyampaikan khutbah berkenaan dengan bapa. Tp tak tahulah andai gua tersalah atau tersilap. Hari bapa kat Malaysia nih lazimnya disambut pada hari ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun. Means kalau tahun nih, pada 19 hb Jun la. Apa yang gua nk sampaikan kat sini, pada sesiapa yang masih mempunyai bapa, jagalah beliau dengan baik, hormatilah beliau selagi beliau masih hidup. Gua walaupun dalam blog bahasa kasar sikit, tp gua hati lembut jugak. I missed my late dad very much. Dia adalah sumber kekuatan gua sekarang. Tanpa beliau, gua tak tahu apa akan gua jadi pada masa sekarang. Walaupun dia seorang yang agak garang, tp gua sgt2 sayangkan beliau. Beliau dah banyak berkorban utk gua. Gua dan keluarga mendoakan arwah ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin. We love you, dad.

Di sini jugak gua nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga awek housemate gua, Kak Hanie yang mana ayahanda tersayangnya sudah pergi mengadap Ilahi. Innalillah. Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya di kalangan orang soleh. Amin.

Oslo...(Part 4)

Troli membeli belah ditolak perlahan. Ken hanya mampu berdiam diri sambil tersenyum melihat gelagat Rei sedang memilih barangan yang hendak dibeli. Cerewet juga Rei agaknya yang bermain difikirannya.

"Rei, awak beli banyak2 nih nak buat apa?", tanya Ken sambil melihat barangan yang terdapat di dalam troli yang ditolaknya.

"Owh, saya nak buat majlis sikit malam nie. Birthday Wakana. Awak datanglah malam nih yer.", balas Rei ketika sibuk memilih salad.

"Yakah? Baiklah, pukul berapa?", tanya Ken.

"Erm...dalam pukul 8 awak datanglah.", balas Rei.

Ken melihat jam ditangannya. Hampir pukul 4. Mungkin sesuatu sedang difikirkannya. Mungkin tentang permainan baseball pada petang ini atau mungkin hal lain. Ditolaknya troli barangan yang dibawanya mengikut kemana saja Rei pergi. Tiba - tiba matanya terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Rei, beli nih nak?", tanya Ken sambil mengangkat bungkusan yang kelihatan seperti kacang.

"Eh, taknak la. Ini lagi sedap.", balas Rei sambil menunjukkan sebungkus kacang soya dan terus meletakkannya di dalam troli.

"Ala, takder - takder. Saya nak yg nih jugak.", tegas Ken sambil meletakkan bungkusan kacang yang diambilnya tadi.

"Tak boleh.", jawab Rei garang sambil menjeling pada Ken. Ken hanya mampu tersengih apabila melihat Rei dalam keadaan begitu.

"Haih, nak aje aku cekik - cekik kau. Nasib baik aku suka kat kau.", bisik hati Ken sambil tersengih pada Rei.

"Sengih - sengih nak mintak simpati lah tuh. Okla2. Amik la. Cubit kang baru tau.", kata Rei sambil tersenyum manis.

Telefon Rei berbunyi dan dilihatnya Wakana memanggilnya. Ken melihat segala barangan yang dibeli. Mungkin terlalu banyak yang mahu dibeli Rei sambil membuat muka yang agak kehairanan.

"Ken, jom balik. Kita nak kene buat persiapan.", kata Rei. Ken hanya mengangguk dan menolak troli ke kaunter untuk membuat pembayaran.

*********************************************

Rumah Wakana riuh rendah dengan gelak tawa. Kelihatan Rei, Ken, Hizashi dan Mikio bergurau senda di ruang tamu.

"Kenzo.", Rei memanggil dengan nada sedikit manja.

"Hah, apa?", tanya Ken agak sedikit gelabah.

"Minggu depan minggu peperiksaan, nanti kite study sama - sama nak?", tanya Rei bersahaja.

"Owh, ok.", jawab Ken ringkas.

"Hoi Ken, Rei, dating la plak. Marilah sini kita amik gambar sama - sama.", jerit Hizashi dengan penuh teruja.

"Yang kau nak bergesel - gesel ngan aku nih apasal?", marah Wakana pada Hizashi yang dalam diam menyukai Wakana.

"Errr...Hehe. Aku nak selalu ada disisi kau.", ujar Hizashi bersahaja.

"Ok dah, cepat. Pose.....1,2,3!!", tegas Mikio sambil menekan remote kamera dari jauh.

Itu adalah kenangan paling manis buat Ken dan Rei kerana pada malam itu juga, beliau mendapat first kiss dari Rei...

(Bersambung)

Mari muhasabah diri



Baiklah, di pagi yang mulia nih, gua pun dah berpeluh2 lepas turun naik tangga exercise utk next season punya game BPL, gua nk ajak korg utk bermuhasabah diri di hari Jumaat yang mulia dan indah nih. Disini, gua ambik artikel tentang persoalan yang harus ditanya pada diri sendiri utk meningkatkan mutu dan keyakinan diri dalam mencapai matlamat atau impian. Gua amik artikel nih dari satu website yang wajib gua masuk setiap hari. Ok, mari kita mulakan pertapaan kita tp jgn di depan cermin dalam jamban plak yer.

Proses muhasabah diri ini adalah penting untuk menimbulkan kesedaran terhadap seseorang mengenai matlamat yang mereka ingin capai. Matlamat adalah amat penting didalam kehidupan seseorang. Sesiapa yang tiada matlamat hidup seolah-olah kehidupannya tiada tujuan yang hanya menunggu saat kematian. Tetapkan suatu matlamat di dalam hidup anda dan beruasaha untuk mencapainya. Barulah anda mengetahui nikmat sebenar kehidupan. Setiap manusia yang diciptakan dimukabumi ini ada tujuan hidupnya sendiri dan ia tidak diciptakan untuk menjadi sia-sia dan persoalan ini perlu anda tanya pada diri sendiri untuk anda mengetahui dimana anda berada sekarang, adakah anda semakin menghampiri matlamat yang diimpikan, dan kemana hala tuju anda pada masa akan datang.

1. Apa yang anda mahukan? - Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan didalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.

2. Adakah anda patut berubah? - Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.

3. Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? - Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.

4. Apa yang memotivasikan anda? - Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.

5. Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? - Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat.

Sumber : http://www.top5reason.com

MyVi baru, mimpi dan gua

Hari nih hari jumaat. Jgn tanya gua apa gua buat semalam. Haih. Arinih gua mengharapkan korg have a very good and nice day. Semalam gua mimpi manusia berperang ngan somekind of creature mcm mutant. Damned. Nak kata mimpi ngeri pun bukan, mimpi basah pun bukan, apatah lagi mimpi indah yerk? Dalam mimpi tuh, gua memihak pada geng2 mutant nih. Actually, gua nak mewujudkan satu rundingan ngan pihak manusia dan mutant2 nih. Tp paham2 la manusia nih ada yg hati baik, ada yg hati busuk. So, x berapa baiklah rundingan tuh. Siap ada mutant perempuan tuh tny gua, "Why are you helping us?". Peh! Speaking English tuh bai gua cakap lu! Gua xsempat nak balas, gua terjaga. Tgk jam pukul 0630 pagi dah. Damned! Spoil mood gua pg2. Hahahaha.

Ok, skang nih gua nak bercakap pasal MyVi baru. Semalam mak gua telefon gua, ckp adik gua suruh gua tgk tv semata-mata utk tgk MyVi baru. WTH??? Gua kat ofis, mana nak dapat tv. Boleh tahan gak adik gua nih. Mcm haram. Gua x tgk lg MyVi baru, tp kalau ada masa nanti gua pergi tgk. Skang nih, gua dah jatuh cinta pada 1 kereta tuh. Nk tgk sila scroll ke bawah yerk. Gua pun dalam perancangan nak amik kereta, tp x tahu bila. Nantilah kalau ada rezeki banyak, dilimpahkan oleh Allah, gua beli satu utk gua, satu utk mak gua utk bawak adik2 gua jenjalan. Amacam? Anak soleh x gua? Hahahaha.



Kereta yang telah memikat dan membuatkan gua jatuh cinta pada beliau. Amacam?

Thursday, June 16, 2011

Cari pasangan...


Di sini gua nk berikan beberapa petua untuk mencari atau sebagai rujukan kepada mereka yang masih mencari pasangan. Walaupun gua sendiri belum mempunyai pasangan dan masih berusaha untuk mengorat pasangan gua (ahaks), korg bacalah dan selamilah apa yang dinyatakan di bawah nih. Selamat mengorat!!

Untuk dapatkan pasangan hidup, kena la ada caranya.. So, nnt, xla menyesal di kemudian hari.. Petua ini, hanya untuk insan yang memerlukan pasangan.. Yang tidak mahu berpasangan lagi, boleh la abaikan notes nie....:)

Ni petuanya ( mendapatkan pasangan hidup idaman ati )...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

Laila Namamu Teratas

Gua pun nk berjiwang - jiwang jugak mcm korang. Entry kali nih adalah lirik lagu Search, Laila Namamu Teratas. Lagu nih gua tujukan khas untuk seseorang yang gua kenal, rapat dan jugak special bg gua. Harap korg x jeles yerk.

Laila Namamu Teratas - Search

Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

Oslo...(Part 3)

Hari tuh hujan lebat. Ken duduk di sebuah stesen bas sambil rokok diselitkan kemas di antara jari kelingking dan jari hantunya.

"Mana plak pergi budak dua ekor nih. Kata nak pergi tgk Pirates of The Carribbean. Haih! Lambat tol mcm siput sedut!", maki Ken. Dilihatnya jam di tangan sudah menunjukkan jam 2 petang. Mungkin sudah terlambat agaknya.

Dalam kehujanan yang lebat itu, terlihat satu kelibat gadis sedang berlari2 mencari perlindungan dari hujan. Ken merenung dengan penuh teliti seolah - olah kenal akan siapa tuan punya badan yang sedang menuju ke arah tempatnya berteduh. "Hah???!!!", jerit Ken dalam hati sambil diiringi riak muka terkejut bagaikan ada sesuatu yang menakutkan di depan matanya.

"Alamak, Rei!", bisiknya diam dalam keadaan menggelabah.

"Eh, Ken. Apa awak buat kat sini?", tanya Rei dalam keadaan agak sedikit basah sambil menepis air yang ada di bajunya.

"Oh, saya tunggu Mikio ngan Hizashi. Kitorang dah janji nak pergi menonton wayang.", ujar Ken sedikit menggelabah.

"Awak nak ke mana?", tanya Ken sambil memberikan sapu tangannya kepada Rei.

"Oh, terima kasih. Saya nak ke bandar beli barang rumah sedikit yang Wakana pesan.", jelas Rei sambil mengelap mukanya.

"Wakana tak ikut sekali ke?", balas Ken.

"Tak, dia ada kerja nak disiapkan di rumah katanya.", jawab Rei.

Telefon berdering. Ken melihat telefonnya dan ternyata jangkaannya betul. Panggilan dari Hizashi. "Nih mesti ada apa - apa nih.", bisik hatinya.

"Hello, mana korang? Aku dah bertahun tunggu kat sini tahu tak?", gurau Ken kasar. Rei hanya mampu melihat dengan wajah sedikit hairan melihat apa yang ada pada telefon Ken.

Senyuman kecil terukir di bibir Rei. Riang hatinya apabila ternampak keychain yang diberikannya pada Ken dua hari yang lepas selepas balik dari cuti di Osaka digunapakai oleh Ken sebaiknya.

"Haih, tak leh diharap diorang nih. Tak jadi datang pulak.", marah Ken.

"Diorang tak jadi datang? So, awak pergi sorang la nih erk?", tanya Rei dengan nada rendah.

"Nak buat macamana. Terpaksalah. Atau awak nak ikut?", tanya Ken malu.

"Awak nak ajak saya date ke nih?", tanya Rei dalam nada mengusik Ken.

"Errrr. Erm.", angguk Ken dengan wajah merah sedikit.

"Hehe.", gelak kecil Rei sambil menarik tangan Ken untuk menaiki bas yang baru sahaja sampai.

(Bersambung)

How to be a romantic person



Ok, seperti yang kita sedia maklum bahawa skang nih fenomena Seth Tan a.k.a laki Nora Elena sudah melanda semua wanita2 mahupun anak2 gadis kat negara kita nih. Setiap sorg mengharapkan lelaki2 atau pakwe2 mahupun suami2 diorang romantik mcm Seth. Penuh ngan suprise, caring, baik, penyabar, pendek kata perfect lah. Macam gua jugak la kan. Hahaha.

Kat sini ada artikel tentang 9 cara nak menjadi seorang yang romantik. Sila praktikkan moga awek2 atau bini2 korang bleh bg korg lebih kasih sayang ke???

1. Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda.

2. Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan.

3. Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah.

4. Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.

5. Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda.

6. Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik.

7. Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut.

8. Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang.

9. Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.

Ok, apa yang dinyatakan adalah cara yang paling mudah. Tp bg gua, lain org lain cara ye tak? So, terpulang pada seseorang bagaimana cara untuk menyatakan atau menunjukkan bahawa dia tuh romantik mcm Seth. Gua akui, suma ciri2 nih ada dalam diri gua. Korg jgnla jeles. Btul. Gua xtipu. Kalau korg xnk caya, gua xleh buat apa. Hahahahaha.

5 alasan yang salah utk yg ingin berkahwin


Kahwin. K-A-H-W-I-N. Kawen bunyinya. Satu perkara yang bg gua nmpk mcm simple, best, bahagia, membuatkan seseorang tuh seperti diawang - awangan sebelum jatuh dalam longkang tepi highway akibat dihumban bini sbb nk kawen lain. Ok, gua dah merapu ke laut nih. Macam haram. Kahwin adalah satu perkara yang serius dan sekarang nih banyak kita nampak kahwin je cerai. Sebab apa? Masa nak kahwin suma indah belaka. Bila dah kahwin baru kenal true colour masing2. So, untuk berkahwin, kenalah korg pikir masak2, kenal hati budi pasangan masing2. Sini gua bg 5 sebab yang salah utk mereka yang nk berkahwin yg gua amik dari satu website yang gua suka.

Pertama : Tarikan seksual- Terlalu ramai yang terkeliru dengan tarikan seksual ataupun cinta yang sebenar, dan ini menjadi punca utama mengapa sesetengah perkahwinan hanya berhasil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Sekiranya seseorang meletakkan tarikan seksual sebagai asas perhubungan mereka, apabila berkurangnya tarikan seksual itu, perasan mereka terhadap pasangan juga akan turut berkurang. Tidak dinafikan seksual memang penting di dalam perkahwinan tetapi ia seharusnya tidak diletakkan sebagai perkara yang utama, ia juga perlu disusuli dengan kamunikasi, perkongsian hidup, perancangan keluarga, kerjasama dan sebagainya untuk perhubungan yang lebih panjang.

Kedua : Obsesi- Obsesi adalah merupakan suatu kegilaan untuk anda mencapai objektif tertentu dengan berkahwin dengan pasangan anda. Sebagai contoh, mungkin usia anda sudah lanjut, anda berkahwin hanya mahu untuk mengelakkan daripada orang lain memanggil ‘anak dara tua’. Ia terlebih awal menunjukkan objektif anda berkahwin hanya untuk mengelak daripada menerima gelaran dan bukannya perasaan cinta yang dipupuk. Pada kebiasaannya, apabila anda sudah mencapai sesuatu objektif itu, perasaan anda terhadap perkahwinan juga akan berkurang.

Ketiga : Memikirkan perkahwinan akan menyelesaikan masalah- Mungkin sebelum ini pasangan anda seorang yang panas baran atau pemarah, anda merasakan dengan perkahwinan mampu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung selama ini. Ianya mungkin berhasil tetapi peratus lebih tinggi menunjukkan anda akan menghadapi kekecewaan. Perkahwinan seharusnya dilakukan dengan hati yang terbuka dan persedian anda terhadap pengorbanan yang sanggup anda harungi bersama-sama pasangan.

Keempat : Terlalu mudah jatuh cinta- Ini juga merupakan salah satu masalah yang sering menjadi kekeliruan terhadap seseorang. Adakah anda betul-betul yakin apa yang anda rasakan itu adalah cinta? ataupun hanya pelengkap apabila anda berasa sunyi atau kebosanan? Dan ia akan terus berulang dan seterusnya? Anda pasti ada jawapannya. Masalah ini agak sukar dihuraikan, anda seharusnya lebih mengenali diri anda yang sebenar. Perasaan harus sentiasa dipupuk dan bukannya dibiarkan begitu sahaja mengikut peredaran masa.

Kelima : Untuk melepaskan diri- Mungkin sebelum ini hidup anda dihimpit dengan pelbagai masalah dan anda berkahwin hanya untuk melepaskan diri daripada masalah itu. Sememangnya tujuan perkahwinan adalah untuk berkongsi susah dan senang tetapi anda seharusnya tidak membiarkan pasangan anda menjadi mangsa keadaan terhadap permasalah anda. Ini menunjukkan anda hanya mempergunakan kesetiaan yang mereka berikan. Pada kebiasaannya apabila sesuatu masalah itu selesai, anda dengan mudah akan melupakan mereka.

So, skang nih, pikir2kanlah. Adakah korg ada sebab seperti di atas? Selami jiwa, selami akal, selami lautan dalam. Sekian.

Coretan hati gua #20

Tengah hari yang indah nih membuatkan gua mengantuk, slowpoke, dan jugak lapar. Gua dah terbayang2 McD set besar, katil kat bilik gua dan jugak speaker yg selalu gua guna utk layan lagu2 jiwang. Ok, cukup ngan rapuan gua. Gua nk g lunch.

Korg nk ikut? Nk gua belanja? Boleh. Guna duit korang. Amacam?

Fantasia Musim Cinta - Iwan

Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa


Lagu nih ada sorg awek yg rapat ngan gua dan jugak special pada gua suruh gua dgr. Best gak. Amacam? Jiwang x gua?

Internet, Nora Elena dan gua.

Ok, nih entry pertama gua buat tahun nih, bulan nih, hari nih, saat nih. Gila bosan gua x buat apa2 kat blog gua nih. Kesian pun ada. Blog pun ada perasaan, x gitu Niq Afnan? Bak kata dia la. Jgn marah niq. Nanti awek2 lu lari bro. Ok, seperti yg kita tahu, skang nih file sharing dah disekat oleh internet provider dan ini adalah sesuatu yg agak menyusahkan gua sebagai seorang kaki download. Download apa tuh korg xperlu tahu la yerk.

Bg gua, isu nih sebenarnya nk kata sapa2 salah pun gua xnk tuding jari kat sapa2. Tp gua merasakan internet adalah satu dunia maya yang amat2 luas dan setiap orang ada freedom sendiri utk buat apa yang dia suka sebab diorang yang bayar utk internet tersebut. Mcm gua, tiap2 bulan bayar Unifi punya bil (bukan gua sorg, seluruh isi rumah gua) tp kalau dah kene sekat suma file sharing punya site apa kejadahnya yang gua leh buat? Facebook? Lama2 ngadap menda alah tuh boleh mati kutu jugak gua. Dem!

Ok, pasal Nora Elena? Best ke citer tuh? Gua x tgk lg sbb tuh gua tny korg. Kalau best, gua nk download. Hahaha!! Tgk je ayat gua mcm ganas, kasar, tp gua hati taman. Bunga2. Gua romantik apa. Skang nih ramai makwe2 even mak makwe2 pun gua rasa tergila2 atau nk suami2, bf2 diorang mcm Seth. Actually, gua x tahu Seth tuh mcmn karakternya, tp gua rasa mcm gua. Hahahaha!!! X caya? Try couple ngan gua tgk. Hahaha!! Ok, gua merasakan fenomena Nora Elena mcm drama Lisa Surihani yg ptg2 tuh, tajuk apa gua pun xingat. Punyalah meletup. Rating tinggi. Mmg gua respek n salute pada pengarah drama nih. Salute!!!

Nanti gua download Nora Elena, gua nk tgk betul ke Seth sama ngan gua???

Comeback!!!???

Ok, nih x tahu la berapa kali punya comeback gua dah balik utk tulis blog. Dah bersawang ntah2 reput apa tiang blog gua nih. Punya lah lama gua tinggal. Adala dalam setahun lebih. Sebab utama gua dah lama x update adalah sebab gua malas. Itu yg pertama. Yg kedua gua malas jugak. Yg ketiga pun gua malas. Ok, dah, malas gua nk merepek merapu yang bukan2 sampai korg bosan. Gua x de idea nk menulis apa, nk tulis Kasih Yang Suci dah ada orang buat novel. Dem. Apapun, nanti gua akan bertapa utk mencari ilmu dan kembali menulis. Lama x menulis nih, nk perah otak balik aktif menulis mcm dulu. Babai.