Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubarak




Assalamualaikum. Harinih gua x nak banyak cakap sebab gua puasa. (ok, mmg agak macam haram ayat gua sebab gua x bercakap dalam blog nih tp gua taip). Gua nak ucapkan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia dan seantero dunia. Dharapkan Ramadhan kali ini akan membawa seribu erti dan penuh makna dan keberkatan dari Allah S.W.T.. Insya Allah. Semoga dapat kita menghayati dan menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan. Amin.

Dari,

Mohamad Akmal Adli, Moscow, Russia.

Wednesday, July 27, 2011

Terhenti disini...

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Coretan hati gua #23

Dear heart,
I hopu you will gonna be patient, be strong, be confidence, be brave, have no worries. You have tried your best. So, cheer up, live your life with fun. Focus on your own future, family, and for the one that you love. Believe one day, love will come.

Regards,

Yourself.

4 perkara yang lelaki mahu dari wanita

Apabila diceritakan mengenai kemahuan lelaki, pasti pemikiran lebih cenderung untuk memikirkan mengenai seksualiti. Ini kerana kemahuan lelaki lebih sinonim dengan kemahuan seks. Tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan dari sudut seks, tetapi lebih kepada kemahuan psikologi. Jadi, apa yang lelaki mahu dari wanita?

(1) Teman - Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan semangat mereka.

(2) Terbuka dan jujur - Lelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka mahu tahu apa yang bermain difikiran wanita itu mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita daripada dirinya ditipu.

(3) Sifat kewanitaan - Apa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka. Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat feminin untuk melengkapi keperluan mereka.

(4) Penasihat - Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka. Tetapi itu bukan perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan.

Sumber : www.top5reason.com

3 persediaan perkahwinan yang perlu difikirkan



Memutuskan untuk berkahwin adalah merupakan satu perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana perkahwinan adalah merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak. Anda seharusnya melakukan persediaan yang cukup sebelum menempuhi gerbang perkahwinan. Antara persediaan utama yang perlu difikirkan adalah..

(1) Kewangan - Mungkin ramai yang bersetuju bahawa kewangan tidak mampu membeli kebahagiaan. Ia sememangnya tepat, tetapi kepentingan wang didalam perhubungan tidak boleh dinafikan. Anda seharusnya sudah mempunyai perancangan kewangan sebelum menempuh alam perkahwinan. Persediaan ini amat penting untuk mengelakkan anda daripada mempunyai krisis kewangan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.

(2) Mental dan fizikal - Anda harus mempunyai persedian mental dan fizikal yang cukup sebelum menempuhi alam perkahwinan. Ini adalah kerana kehidupan kekeluargaan adalah satu perkara yang mencabar. Apabila anda melakukan sesuatu, anda tidak boleh memikirkan mengenai diri anda sahaja, sebaliknya anda perlu turut memikirkan mengenai ahli keluarga yang lain. Ia juga bermakna tanggungjawab anda semakin bertambah.

(3) Perancangan selepas berkahwin - Sebelum perkahwinan, anda sudah perlu anda perancangan untuk apa yang perlu dilakukan apabila anda sudah berkahwin. Persediaan ini adalah untuk mengelakkan daripada objektif perkahwinan tersasar. Sebagai contoh, mungkin anda merancang selepas berkahwin anda perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga atau sebagainya.

Sumber : www.top5reason.com

5 fakta menarik tentang mimpi



Setiap orang pasti akan pernah bermimpi sehingga menimbulkan terlalu banyak persoalan mengenainya hingga ke hari ini. Apakah yang menyebabkan seseorang bermimpi? Bolehkah ia dikawal atau ditafsir? adalah soalan yang sering ditanya. Fakta ini dikeluarkan oleh pakar yang mengkaji mengenai mimpi hasil daripada kajian yang telah mereka lakukan.

(1) Mimpi boleh membantu pembelajaran - Hasil daripada kajian isu terkini mengenai biologi semasa, penyelidik melaporkan bahawa mimpi adalah salah satu cara untuk otak memproses dan memahami maklumat baru. Fakta ini diperkuatkan lagi hasil daripada kajian oleh Harvard Medical School yang menyatakan bahawa mimpi dapat membantu untuk otak memproses pembelajaran dan penyelesaian masalah.

(2) Sama seperti lelaki, seks wanita juga boleh terangsang ketika bermimpi - Jika fakta mengenai lelaki dapat mencapai keinginan seks melalui mimpi adalah satu perkara normal, ia sebenarnya turut berlaku kepada wanita. Hasil daripada penerangan Barbara Bartlik, pakar psikiatri di new york menyatakan bahawa kemaluan wanita juga mampu membesar dan dilincirkan hanya melalui mimpi seks yang mereka alami.

(3) Mimpi yang paling biasa? - Fakta ini dikeluarkan oleh Lauri Quinn Loewenberg yang merupakan seorang pakar mimpi, pengarang dan personaliti media. Hasil daripada tinjauan yang telah beliau lakukan, mimpi paling biasa dialami oleh seseorang adalah bermimpi pasangan mereka cuba melakukan kecurangan di belakang mereka.

(4) Anda sebenarnya bermimpi lebih daripada sekali pada setiap malam - Hasil daripada kenyataan Loewenberg lagi, seseorang mampu untuk bermimpi berpuluh-puluh kali untuk satu malam tetapi anda mungkin tidak mengingatinya. Beliau juga mengeluarkan fakta bahawa seseorang akan bermimpi setiap selang masa 90 minit dan mimpi yang sebelumnya akan lebih panjang berbanding mimpi yang terdahulu. Dianggarkan seseorang akan bermimpi lebih daripada 100,000 kali sepangjang hidup mereka.

(5) Anda boleh bermimpi walaupun anda dalam keadaan sedar - Fakta daripada Dr. Burkeley menyatakan bahawa mimpi adalah merupakan satu proses penembusan imaginasi aktif. Sekiranya anda sedang berkhayal ketika melakukan sesuatu, ia juga merupakan satu proses mimpi ketika anda sedar.

Sumber : www.top5reason.com

Grenade - Bruno Mars

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss,
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no