Wednesday, July 27, 2011

5 fakta menarik tentang mimpi



Setiap orang pasti akan pernah bermimpi sehingga menimbulkan terlalu banyak persoalan mengenainya hingga ke hari ini. Apakah yang menyebabkan seseorang bermimpi? Bolehkah ia dikawal atau ditafsir? adalah soalan yang sering ditanya. Fakta ini dikeluarkan oleh pakar yang mengkaji mengenai mimpi hasil daripada kajian yang telah mereka lakukan.

(1) Mimpi boleh membantu pembelajaran - Hasil daripada kajian isu terkini mengenai biologi semasa, penyelidik melaporkan bahawa mimpi adalah salah satu cara untuk otak memproses dan memahami maklumat baru. Fakta ini diperkuatkan lagi hasil daripada kajian oleh Harvard Medical School yang menyatakan bahawa mimpi dapat membantu untuk otak memproses pembelajaran dan penyelesaian masalah.

(2) Sama seperti lelaki, seks wanita juga boleh terangsang ketika bermimpi - Jika fakta mengenai lelaki dapat mencapai keinginan seks melalui mimpi adalah satu perkara normal, ia sebenarnya turut berlaku kepada wanita. Hasil daripada penerangan Barbara Bartlik, pakar psikiatri di new york menyatakan bahawa kemaluan wanita juga mampu membesar dan dilincirkan hanya melalui mimpi seks yang mereka alami.

(3) Mimpi yang paling biasa? - Fakta ini dikeluarkan oleh Lauri Quinn Loewenberg yang merupakan seorang pakar mimpi, pengarang dan personaliti media. Hasil daripada tinjauan yang telah beliau lakukan, mimpi paling biasa dialami oleh seseorang adalah bermimpi pasangan mereka cuba melakukan kecurangan di belakang mereka.

(4) Anda sebenarnya bermimpi lebih daripada sekali pada setiap malam - Hasil daripada kenyataan Loewenberg lagi, seseorang mampu untuk bermimpi berpuluh-puluh kali untuk satu malam tetapi anda mungkin tidak mengingatinya. Beliau juga mengeluarkan fakta bahawa seseorang akan bermimpi setiap selang masa 90 minit dan mimpi yang sebelumnya akan lebih panjang berbanding mimpi yang terdahulu. Dianggarkan seseorang akan bermimpi lebih daripada 100,000 kali sepangjang hidup mereka.

(5) Anda boleh bermimpi walaupun anda dalam keadaan sedar - Fakta daripada Dr. Burkeley menyatakan bahawa mimpi adalah merupakan satu proses penembusan imaginasi aktif. Sekiranya anda sedang berkhayal ketika melakukan sesuatu, ia juga merupakan satu proses mimpi ketika anda sedar.

Sumber : www.top5reason.com

No comments:

Post a Comment