Ok, entry kali nih agak bahaya. Untuk yang sudah berkahwin dan bernikah jer yerk. Bagi yang dah kahwin, tp nikah belum, sila abaikan entry nih. Hahahaha. Mcm haram ayat gua. Anyway, gua malas nak tulis banyak, nanti makin merapu, enjoy the entry.
Untuk kelihatan seksi dihadapan suami, ia tidaklah sesukar yang wanita selalu fikirkan. Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini. So, kat sini ada 13 perkara seksi yang disukai suami.
1. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.
2. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
3. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
4. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.
5. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan
perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka
pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.
6. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.
7. Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
8. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari.
(ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi
didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda
seorang yang comel)
9. Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak
berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.
10.Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.
11.Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.
12.Bau badan semulajadi isteri mereka.
13.Layanan istimewa yang isteri mereka berikan.
Sumber : www.top5reason.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment