Monday, July 4, 2011

4 ciri utama wanita idaman lelaki

Kali nih gua nak list down 4 ciri wanita yang kebanyakan lelaki akan tgk pada pasangan diorang. List nih kredit to top5reason.com dan gua harap lu org baca dan nilai pasangan masing - masing dengan cara yang betul. Jangan gaduh - gaduh yerk...

Apakah ciri wanita idaman lelaki? Satu persoalan yang sering berlegar-legar di setiap fikiran seorang yang bergelar wanita. Sebenarnya ia agak sukar untuk dinyatakan kerana kriteria atau ciri-ciri yang sebenar terletak kepada individu itu sendiri. Apa yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suara majoriti kebanyakan lelaki. Ia bukanlah seratus peratus tepat dan masih bergantung terhadap pendirian masing-masing. Kebiasaannya, seorang lelaki tidak terlalu cerewet dalam memilih pasangan.

1. Tidak materialistik- Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, tidak kira samaada mereka jutawan, hartawan dan sebagainya, suara majoriti menyatakan mereka tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetian mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah.

2. Pandai memasak- Pasti wanita merasakan ciri ini adalah fahaman kuno yang tidak sesuai dengan peredaran masa terkini. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak. Hampir 90% lelaki bersetuju dengan ciri ini, mungkin wanita sahaja yang terlepas pandang. Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.

3. Bersederhana- Seorang lelaki memang gemar untuk melihat wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. Pendapat ini bukanlah rekaan tetapi adalah suara majoriti daripada lelaki.

4. Setia- Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi ia sememangnya realiti. Berkemungkinan disebabkan keegoan seorang lelaki itu yang tidak suka dirinya untuk rasa ditipu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja lelaki menerima kembali pasangan mereka yang telah menipu, dan sebahagian lain telah menolaknya. Ini menunjukkan betapa seriusnya keegoan seorang lelaki.

No comments:

Post a Comment