Tuesday, June 21, 2011
5 Ijazah yang mendapat permintaan tinggi
Hari nih gua mood ok. Walaupun Unifi rumah gua agak mcm gampunk semalam pastu rumah gua blackout 3 kali. Walawei..gua tgh mandi time tuh. Cuak jugak gua mana tahu lampu menyala terus nmpk mende bukan2 macam dalam citer hantu tuh, mau pengsan gua berbuih mulut, ye x? Hahaha. Ok, gua malas nak merepek merapu panjang lebar ngan citer karut gua tuh, gua ada sumthing nk kongsi ngan korg. Gua amik dari top5reason.com dan kredit to them lah. Kali nih pasal Ijazah atau kelulusan yang mendapat permintaan tinggi di sektor pekerjaan.
Pelajaran adalah amat penting sebagai kayu pengukur terhadap kejayaan masa depan seseorang. Selain daripada itu, pemilihan bidang yang ingin diceburi juga memainkan peranan untuk meningkatkan peratus peluang pekerjaan yang diinginkan. Berkemungkinan anda sendiri, anak, rakan, jiran, suami atau sebagainya masih tercari-cari bidang apakah yang perlu diceburi. Mungkin artikel ini serba sedikit dapat membantu anda untuk membuat keputusan.
(5) Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.
(4) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
(3) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.
(2) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.
(1) Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5 bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.
Sumber dan kredit to : www.top5reason.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment