Tuesday, June 21, 2011
About Men
Di sini gua ingin berkongsi info mengenai 4 kesalahan yang selalu dilakukan oleh lelaki dalam perhubungan. I mean untuk memulakan perhubungan cinta la. Mungkin gua juga pernah melakukan kesilapan demikian, tp setiap manusia tak kan terlepas dengan kesilapan yer tak? Ok, tanpa meluangkan masa (mcm haram ayat, skema gile) gua bagi 4 kesalahan yang sering dilakukan lelaki dalam perhubungan.
Seorang lelaki pasti akan tersentak sekiranya pelawaan mereka untuk menukarkan hubungan daripada seorang kawan kepada kekasih tidak diterima. Walau bagaimana baik perhubungan sebagai kawan sekalipun, ia tidak bermakna mudah untuk menjadikan mereka pasangan kekasih. Alasannya mudah, daripada kajian yang telah dilakukan kepada pasangan yang sudah berkahwin, majoriti menyatakan mereka tidak melihat paras rupa atau bagaimana baiknya seseorang lelaki melayan mereka. Mereka lebih kepada chemistry dan gerak hati mereka. Kesimpulannya, jangan berlakon untuk menjadi seorang lelaki yang baik kerana ia pasti tidak akan berhasil. Just be yourself!!
1. Merayu- Jangan sesekali merayu kepada wanita untuk menukar perasaan mereka terhadap anda dengan memberi seribu satu alasan walaupun ianya logik. Apabila seseorang wanita tidak menunjukkan minat, tetapi sebaliknya anda terus merayu, mengemis simpati dan terus mengejar masih tidak mampu untuk menukar fikiran mereka. Oleh itu, jangan sesekali merayu kepada mereka untuk menerima anda. Biarkan mereka memilih anda dengan kehendak mereka sendiri.
2. Kelulusan dan kebenaran- Dalam usaha seseorang lelaki untuk menambat hati seorang wanita, mereka akan cuba untuk menyenangkan hati wanita dengan meminta kelulusan dan kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Pada dasarnya, wanita tidak suka kepada lelaki yang terlalu mendengar kata mereka. Cukup dengan sekadar hanya memberitahu apa yang anda ingin lakukan dan bukannya meminta kebenaran atau kelulusan. Ini juga tidak bermakna anda tidak memerlukan pendapat mereka, tetapi anda sebagai seorang lelaki seharusnya tidak terlalu bergantung kepada mereka. Ini adalah kerana andalah yang sepatutnya menjaga mereka dan bukannya mereka yang menjaga anda.
3. Membeli perasaan dengan kemewahan- Untuk wanita yang mementingkan materialistik, ianya pasti berhasil. Tetapi persoalannya, adakah wanita yang berbentuk materialistik yang anda pilih sebagai peneman hidup? Bagaimana jika tiba-tiba anda akan susah? Ianya terpulang untuk anda membuat pilihan. Kebanyakan lelaki cuba untuk membeli perasaan wanita dengan kemewahan. Ini sepatutnya tidak terjadi tetapi ia sepatutnya terjadi dengan cara semulajadi. Wanita yang sanggup berasa susah bersama anda adalah wanita yang paling layak untuk berasa kesenangan anda. Cuba pikat mereka dengan cara semulajadi dan bukannya kemewahan.
4. Meluahkan perasaan terlalu awal- Kebanyakan lelaki terlau gelojoh untuk meluahkan perasaan mereka. Ini didorong oleh perasaan takut sekiranya wanita yang mereka idamkan terlepas ke tangan orang lain. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendekati seseorang wanita tanpa perlu meluahkan perasaan pada peringkat awal. Pilih masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan tidak selesa seseorang wanita terhadap perhubungan anda nanti.
Sumber dan kredit to : www.top5reason.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
p/s :: sy syg pakwe sy
ReplyDelete