Friday, June 17, 2011
Mari muhasabah diri
Baiklah, di pagi yang mulia nih, gua pun dah berpeluh2 lepas turun naik tangga exercise utk next season punya game BPL, gua nk ajak korg utk bermuhasabah diri di hari Jumaat yang mulia dan indah nih. Disini, gua ambik artikel tentang persoalan yang harus ditanya pada diri sendiri utk meningkatkan mutu dan keyakinan diri dalam mencapai matlamat atau impian. Gua amik artikel nih dari satu website yang wajib gua masuk setiap hari. Ok, mari kita mulakan pertapaan kita tp jgn di depan cermin dalam jamban plak yer.
Proses muhasabah diri ini adalah penting untuk menimbulkan kesedaran terhadap seseorang mengenai matlamat yang mereka ingin capai. Matlamat adalah amat penting didalam kehidupan seseorang. Sesiapa yang tiada matlamat hidup seolah-olah kehidupannya tiada tujuan yang hanya menunggu saat kematian. Tetapkan suatu matlamat di dalam hidup anda dan beruasaha untuk mencapainya. Barulah anda mengetahui nikmat sebenar kehidupan. Setiap manusia yang diciptakan dimukabumi ini ada tujuan hidupnya sendiri dan ia tidak diciptakan untuk menjadi sia-sia dan persoalan ini perlu anda tanya pada diri sendiri untuk anda mengetahui dimana anda berada sekarang, adakah anda semakin menghampiri matlamat yang diimpikan, dan kemana hala tuju anda pada masa akan datang.
1. Apa yang anda mahukan? - Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan didalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.
2. Adakah anda patut berubah? - Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.
3. Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? - Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.
4. Apa yang memotivasikan anda? - Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.
5. Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? - Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat.
Sumber : http://www.top5reason.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment