Thursday, June 16, 2011
How to be a romantic person
Ok, seperti yang kita sedia maklum bahawa skang nih fenomena Seth Tan a.k.a laki Nora Elena sudah melanda semua wanita2 mahupun anak2 gadis kat negara kita nih. Setiap sorg mengharapkan lelaki2 atau pakwe2 mahupun suami2 diorang romantik mcm Seth. Penuh ngan suprise, caring, baik, penyabar, pendek kata perfect lah. Macam gua jugak la kan. Hahaha.
Kat sini ada artikel tentang 9 cara nak menjadi seorang yang romantik. Sila praktikkan moga awek2 atau bini2 korang bleh bg korg lebih kasih sayang ke???
1. Tarikh- Sentiasa memperingati tarikh-tarikh penting di dalam hubungan anda.
2. Sokongan- Sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang pasangan anda cuba usahakan. Elakkan daripada memberi lebih banyak kritikan.
3. Lakukan kerja rumah- Untuk suami, anda sudah merupakan seorang yang romantik sekiranya membantu isteri anda dalam melakukan kerja-kerja rumah.
4. Seni- Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada pasangan anda.
5. Kata-kata- Pasti ramai yang mengetahui dengan kata-kata sahaja mampu untuk membahagiakan atau menghancurkan perasaan seseorang. Sentiasa luahkan kata-kata yang indah terhadap pasangan anda.
6. Janji- Tunaikan setiap janji yang anda berikan kepada pasangan anda. Itu sudah menunjukkan anda seorang yang romantik.
7. Setia- Kesetiaan adalah suatu perkara yang sungguh indah. Setia pada pasangan dan pasti anda amat menghargai hubungan tersebut.
8. Layanan- Berikan layanan yang betul-betul istimewa terhadap pasangan anda. Cuba bezakan layanan anda bersama rakan dan layanan terhadap orang yang betul-betul anda sayang.
9. Penghargaan- Setiap orang didunia ini amat suka sekiranya dihargai. Tunjukkan penghargaan anda terhadap pasangan. Berikan pujian terhadap sesuatu yang mereka usahakan terutamanya perkara yang melibatkan pengorbanan kepada anda. Sekiranya anda menghargai pasangan anda, anda juga akan turut dihargai.
Ok, apa yang dinyatakan adalah cara yang paling mudah. Tp bg gua, lain org lain cara ye tak? So, terpulang pada seseorang bagaimana cara untuk menyatakan atau menunjukkan bahawa dia tuh romantik mcm Seth. Gua akui, suma ciri2 nih ada dalam diri gua. Korg jgnla jeles. Btul. Gua xtipu. Kalau korg xnk caya, gua xleh buat apa. Hahahahaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment