Hari tuh hujan lebat. Ken duduk di sebuah stesen bas sambil rokok diselitkan kemas di antara jari kelingking dan jari hantunya.
"Mana plak pergi budak dua ekor nih. Kata nak pergi tgk Pirates of The Carribbean. Haih! Lambat tol mcm siput sedut!", maki Ken. Dilihatnya jam di tangan sudah menunjukkan jam 2 petang. Mungkin sudah terlambat agaknya.
Dalam kehujanan yang lebat itu, terlihat satu kelibat gadis sedang berlari2 mencari perlindungan dari hujan. Ken merenung dengan penuh teliti seolah - olah kenal akan siapa tuan punya badan yang sedang menuju ke arah tempatnya berteduh. "Hah???!!!", jerit Ken dalam hati sambil diiringi riak muka terkejut bagaikan ada sesuatu yang menakutkan di depan matanya.
"Alamak, Rei!", bisiknya diam dalam keadaan menggelabah.
"Eh, Ken. Apa awak buat kat sini?", tanya Rei dalam keadaan agak sedikit basah sambil menepis air yang ada di bajunya.
"Oh, saya tunggu Mikio ngan Hizashi. Kitorang dah janji nak pergi menonton wayang.", ujar Ken sedikit menggelabah.
"Awak nak ke mana?", tanya Ken sambil memberikan sapu tangannya kepada Rei.
"Oh, terima kasih. Saya nak ke bandar beli barang rumah sedikit yang Wakana pesan.", jelas Rei sambil mengelap mukanya.
"Wakana tak ikut sekali ke?", balas Ken.
"Tak, dia ada kerja nak disiapkan di rumah katanya.", jawab Rei.
Telefon berdering. Ken melihat telefonnya dan ternyata jangkaannya betul. Panggilan dari Hizashi. "Nih mesti ada apa - apa nih.", bisik hatinya.
"Hello, mana korang? Aku dah bertahun tunggu kat sini tahu tak?", gurau Ken kasar. Rei hanya mampu melihat dengan wajah sedikit hairan melihat apa yang ada pada telefon Ken.
Senyuman kecil terukir di bibir Rei. Riang hatinya apabila ternampak keychain yang diberikannya pada Ken dua hari yang lepas selepas balik dari cuti di Osaka digunapakai oleh Ken sebaiknya.
"Haih, tak leh diharap diorang nih. Tak jadi datang pulak.", marah Ken.
"Diorang tak jadi datang? So, awak pergi sorang la nih erk?", tanya Rei dengan nada rendah.
"Nak buat macamana. Terpaksalah. Atau awak nak ikut?", tanya Ken malu.
"Awak nak ajak saya date ke nih?", tanya Rei dalam nada mengusik Ken.
"Errrr. Erm.", angguk Ken dengan wajah merah sedikit.
"Hehe.", gelak kecil Rei sambil menarik tangan Ken untuk menaiki bas yang baru sahaja sampai.
(Bersambung)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment