Friday, June 17, 2011

Oslo...(Part 4)

Troli membeli belah ditolak perlahan. Ken hanya mampu berdiam diri sambil tersenyum melihat gelagat Rei sedang memilih barangan yang hendak dibeli. Cerewet juga Rei agaknya yang bermain difikirannya.

"Rei, awak beli banyak2 nih nak buat apa?", tanya Ken sambil melihat barangan yang terdapat di dalam troli yang ditolaknya.

"Owh, saya nak buat majlis sikit malam nie. Birthday Wakana. Awak datanglah malam nih yer.", balas Rei ketika sibuk memilih salad.

"Yakah? Baiklah, pukul berapa?", tanya Ken.

"Erm...dalam pukul 8 awak datanglah.", balas Rei.

Ken melihat jam ditangannya. Hampir pukul 4. Mungkin sesuatu sedang difikirkannya. Mungkin tentang permainan baseball pada petang ini atau mungkin hal lain. Ditolaknya troli barangan yang dibawanya mengikut kemana saja Rei pergi. Tiba - tiba matanya terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Rei, beli nih nak?", tanya Ken sambil mengangkat bungkusan yang kelihatan seperti kacang.

"Eh, taknak la. Ini lagi sedap.", balas Rei sambil menunjukkan sebungkus kacang soya dan terus meletakkannya di dalam troli.

"Ala, takder - takder. Saya nak yg nih jugak.", tegas Ken sambil meletakkan bungkusan kacang yang diambilnya tadi.

"Tak boleh.", jawab Rei garang sambil menjeling pada Ken. Ken hanya mampu tersengih apabila melihat Rei dalam keadaan begitu.

"Haih, nak aje aku cekik - cekik kau. Nasib baik aku suka kat kau.", bisik hati Ken sambil tersengih pada Rei.

"Sengih - sengih nak mintak simpati lah tuh. Okla2. Amik la. Cubit kang baru tau.", kata Rei sambil tersenyum manis.

Telefon Rei berbunyi dan dilihatnya Wakana memanggilnya. Ken melihat segala barangan yang dibeli. Mungkin terlalu banyak yang mahu dibeli Rei sambil membuat muka yang agak kehairanan.

"Ken, jom balik. Kita nak kene buat persiapan.", kata Rei. Ken hanya mengangguk dan menolak troli ke kaunter untuk membuat pembayaran.

*********************************************

Rumah Wakana riuh rendah dengan gelak tawa. Kelihatan Rei, Ken, Hizashi dan Mikio bergurau senda di ruang tamu.

"Kenzo.", Rei memanggil dengan nada sedikit manja.

"Hah, apa?", tanya Ken agak sedikit gelabah.

"Minggu depan minggu peperiksaan, nanti kite study sama - sama nak?", tanya Rei bersahaja.

"Owh, ok.", jawab Ken ringkas.

"Hoi Ken, Rei, dating la plak. Marilah sini kita amik gambar sama - sama.", jerit Hizashi dengan penuh teruja.

"Yang kau nak bergesel - gesel ngan aku nih apasal?", marah Wakana pada Hizashi yang dalam diam menyukai Wakana.

"Errr...Hehe. Aku nak selalu ada disisi kau.", ujar Hizashi bersahaja.

"Ok dah, cepat. Pose.....1,2,3!!", tegas Mikio sambil menekan remote kamera dari jauh.

Itu adalah kenangan paling manis buat Ken dan Rei kerana pada malam itu juga, beliau mendapat first kiss dari Rei...

(Bersambung)

No comments:

Post a Comment